Kesan kepada hubungan keluarga dan bayi Meroyan

Kemurungan postpartum mungkin mendorong ibu tidak tetap dalam penjagaan anak. Wanita yang diagnosis dengan kemurungan postpartum sering kali lebih tertumpui kepada kejadian negetif penjagaan anak, menyebabkan strategi melayan yang lemah (Murray).

Terdapat empat kumpulan kaedah menangani, setiap satu dibahagi kepada stail erbeza kaedah menangani kumpulan kecil. Menangani dengan mengelak adalah satu strategi paling biasa digunakan (Murray). Ia terdiri dari penafian dan kumpulan kecil perangai memisah (sebagai contoh, ibu yang mengelak mungkin tidak bertindak balas kepada tangisan bayinya). Strategi ini bagaimanapun tidak menyelesaikan sebarang masaalah sebaliknya berakhir dengan kesan negetif kepada mood ibu, sama seperti strategi menangani lain yang digunakan (Honey).

Empat strategi menangani:

  • Menangani secara mengelak: penafian, tabiat berpisah (disengagement)
  • Menangani secara menumpu kepada masaalah: menangani secara aktif, merancang, melihat semula secara positif
  • Menangani secara mencari sokongan: sokongan emosi, sokongan peralalatan
  • Menangani secara melepaskan: meluahkan, menyalah diri

Keselamatan

Ibu yang menggunakan kaedah menangani secara mengelak dan tidak bertindak balas kepada bayi mungkin menjadikan bayi tidak yakin. Menurut rencana Edhborg mengenai kesan jangka panjang, tiada keyakinan boleh mendorong kepada tekanan menjaga bayi dan mengelak bayi, di mana bayi menjadi begitu pendiam sehinggakan bayi tidak berinteraksi dengan si ibu dan orang dewasa yang lain. Ini amat membimbangkan kerana bulan kedua hingga ke enam dalam hayat bayi amat penting; dalam tempoh tiga bulan ini bayi membentuk kemahiran interaksi dan kognitif (pemikiran). Interaksi keluarga-bayi paling penting pada tempoh ini kerana ia membina bukan sahaja hubungan dengan si ibu tetapi juga dengan orang lain (jangka panjang). Ia juga masa paling berisiko pada bayi kerana kemungkinan peningkatan kemurungan pada ibu (jangka panjang). Kekurangan interaksi juga turut mendorong kepada kesukaran perhubungan keluarga-bayi dan menghasilkan prestasi bayi yang lemah (Murray).

Kajian kebergantungan (Attachment)

Edhborg dan rakan-rakannya menjalankan kajian pada kebergantungan ibu-anak dengan mengkaji empat puluh lima pasangan ibu anak dipilih secara rawak. Pasangan ini dipilih berdasarkan borang Skala Kemurungan Lepas Kelahiran Edinburgh (Edinburgh Postnatal Depression Scale)[12] (EPDS), mengukur kemurungan lepas lahir dalam masyarakat. 326 wanita memulangkan borang dan dari 326, dua puluh empat mendapat lebih dua puluh diambil dan dua puluh satu wanita dengan markah kurang sembilan juga diambil. Markah melebihi dua belas dianggap berpotensi murung sementara markah kurang dari sembilan dianggap tidak mempunyai sebarang kemurungan. Empat puluh lima pasangan ibu-anak kemudian di ambil dan dirakam dalam rumah mereka, selama lima minit dalam tiga keadaan berlainan. Ibu dan anak diletakkan dalam bilik dengan set permainan piwaian, bagi mewakili permainan terkawal. Dalam keadaan kedua, ibu dan anak dibenarkan bermain bebas dalam bilik permainan biasa. Dalam keadaan ketiga, si ibu diminta keluar seolah-olah perlu memeriksa sesuatu, sebagaimana persekitaran di rumah, dan kemudian kembali.

Ahli Psikhologis Kanan kemudian memberi markah mengenai interaksi ibu dan anak. Dua rakaman situasi pertama dimarkah berdasarkan skala lima markah; 1 (kawasan paling membimbangkan) kepada 5 (kawasan yang kuat). Dalam situasi ketiga, kelakuan kebergantungan diletakkan pada tiga kumpulan berdasarkan bagaimana anak bertindak balas apabila si ibu kembali.

Tiga kumpulan pengelasan:

  • Ikatan kukuh dan gembira: terdiri daripada anak menyambut ibunya dengan gembira dan selesa bersama ibunya.
  • Ikatan kukuh tetapi gambaran suka dan gembira terkawal: terdiri daripada anak yang menyedari ibunya, tetapi menunjukkan kegembiraan yang kurang dari yang dijangka.
  • Ikatan longgar: terdiri daripada anak yang menunjukkan tanda-tanda mengelak dan melawan. Dalam bentuk melawan anak-anak tersebut akan menghampiri si ibu, tetapi kemudian menjauhi dan sering-kali berlaku berulang-ulang.

Analisa menunjukkan hanya satu perbezaan antara kumpulan tersebut. Dalam keadaan bermain bebas, kanak-kanak dengan markah EPDS tinggi menunjukkan kurang minat untuk bermain dengan ibu mereka dan merayau bersendirian berbanding anak-anak dengan markah EPDS rendah. Si ibu juga menunjukkan satu perbezaan. Mereka yang mempunyai markah EDPS tinggi menunjukkan hanya sedikit emosi keibuan bagi anak mereka.

Berdasarkana keputusan ini, Edhborg melaksanakan analisa berkelompok, menumpu pada stail interaksi berbeza. Sesetengah kanak-kanak ada menunjukkan tanda-tanda kemurungan, tetapi apabila membanding kanak-kanak ia didapati tidak jelas dalam n=markah EPDS dan stail interaksi. Kajian ini bagaimanapun mendapati bahawa kanak-kanak dengan markah EPDS yang tinggi kurang terbabit dalam keadaan permainan bebas berbanding kanak-kanak dengan markah EPDS rendah, menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan markah EPDS yang tinggi cenderung kurang berkeyakinan.

Semasa melakukan tugasan berstruktur dari keadaan pertama ia menunjukkan bahawa si ibu dengan EPDS yang tinggi “sedar bahawa ketidaksediaan mereka bagi anak-anak pada tempoh awal postpartum dan dengan itu cuba lebih kuat… untuk membantu anak mereka berjaya dalam tugasan” (Edhborg). Reaksi terlebih ini membuktikan terlalu banyak interaksi mampu mencetuskan mood negetif pada anak-anak dan secara berterusan menyukarkan perhubungan ibu dan anak.

Isu kebergantungan turut terbukti sebagai masaalah pada anak-anak lebih tua. Akibat terdedah kepada simptom kemurungan yang berlarutan, semasa bayi, anak-anak lebih tua memiliki perkembangan kognitif cacat dan emosi-sosial terencat. Ketiadaan kebergantungan turut menyebabkan masaalah dalam interaksi dengan orang lain dan kebebasan individual (jangka panjang). Kanak-kanak dengan isu ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk turut didiagnosis dengan kemurungan kemudian hayat mereka nanti (Honey).

Teori kebergantungan John Bowlby menjelaskan bagaimana bayi belajar mengenai persekitaran mereka sementara mengekalkan penjaga mereka berhampiran. Bowlby menjelaskan teorinya dengan prinsip kebelbagaian, keturunan, dan pemilihan semula jadi. Kanak-kanak memerlukan keseimbangan antara dunia luar dan sokongan dan kasih sayang ibu bapa mereka. Bowlby menumpu pada gerak hati dan sifat kemanusiaan, sebaliknya Locke percaya bayi tidak memiliki gerak hati untuk memberi panduan pada dirinya. (Chasse, J.)

Rujukan

WikiPedia: Meroyan http://www.caringforkids.cps.ca/babies/Depression.... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb10921.htm http://www.emedicine.com/med/topic3408.htm http://www.gainesville.com/article/20090521/ARTICL... http://postpartumprogress.typepad.com http://itb.biologie.hu-berlin.de/~hagen/papers/per... http://www.sscnet.ucla.edu/anthro/faculty/barrett/... http://www.anth.ucsb.edu/projects/human/ppd.pdf http://www.fresno.ucsf.edu/pediatrics/downloads/ed...